tak nampak,
tapi ia ada.
tak sentuh,
tapi dapat rasa.
ia tiba,
seperti yang ku jangka.
aku suka,
aku suka,
walau rasa seksa.
kerna aku tahu,
semua pun begitu.
memang begini,
lumrah duniawi.
biarkan ia merengek,
begitu lebih baik.
jangan sampai ia menangis,
nanti hilang rasa manis.
jangan sampai ia menangis,
nanti hilang rasa manis.
lepas ia untuk cari,
walau keliling bumi.
destinasinya mesti pasti,
kerana itulah pengakhir sepi.
No comments:
Post a Comment