Ahad lepas aku dengan amy dengan sofea dengan sepupu sepapat diorang yang lain pergi ke KL. Walaupun aku langsung tak bertujuan nak bershoping macam yang lain disebabkan ketipisan kewangan tapi aku nak ikutkan diri pergi jugak. Dah lama rancang nak pergi tak pergi pergi. Walaupun tak bermalam tapi kesah pulak aku. Nak tayang gigi pink aku pada KL. KL mesti suka. heehee. Sempatlah kami semua pergi ke pavi, sungei wang, times square and klcc. Aku sempat berjalan-jalan, minum-minum, lepak-lepak kat area bb dengan amy dengan pya dengan angoh dengan ejat. Itu je yang termampu setakat ni. Okaylah, bestlah untuk satu hari pengalaman di KL. Nanti boleh pergi lagi kan. Bulan puasa pun boleh.
Cakap pasal puasa, hari ini hari pertama umat Islam menyambut ramadhan dan menunaikan puasa. InsyaAllah aku akan berpuasa penuh tahun ini. Sambil-sambil mendietkan diri secara sihat. Okaylah serious aku takda idea nak bebel apa. haihh. Just nak ucap..
Selamat berpuasa kepada semua umat Islam.
2 comments:
ada nama angah laa,
sukanyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
;)
rasa nak like 1000x
selok. HAHAHHA
Post a Comment