Empat tahun dibilang
Masih ia tidak hilang
Tidak akan pernah hilang
Hanya diam kerana kita menghilang
Dan kali ini kau datang lagi sayang
Aku rasa kau betul-betul datang
Ingin bawa ku pulang.
Bukan hanya pada aku
Pada kau juga begitu
Kita rasa yang sama
Walau masa berlalu terlalu lama
Tetap kita masih rasa
Masih ada rasa cinta.
Aku rasa yakin kali ini
Aku lihat dari kau hari-hari
Kau tak pernah berhenti
Memberi aku harapan lagi
Dari dulu hingga kini
Kau sentiasa datang dan pergi,
Untuk kembali lagi.
Kau sentiasa datang dan pergi,
Untuk kembali lagi.
Kau tak pernah berhenti.
Dan kali ini,
Hati aku kuat untuk tunggu
Walau ada rasa keliru
Aku tahu kau juga tahu
Tentang dia yang masih di situ
Dari dulu juga begitu
Walau sukar untuk mengerti
Tetap juga aku cuba fahami
Aku tidak akan memaksa
Hanya pada kau semuanya yang kau rasa
Aku biarkan kau bersama masa
Tapi jangan terlalu lama
Aku mungkin akan hilang daya
Tetapi selagi aku mampu
Aku akan tunggu
Kerana sekali lagi, kau telah curi hati aku.
No comments:
Post a Comment