skip to main | skip to sidebar

SI BEBEL

SI BEBEL

BEBELAN HATI


Fikiran sentiasa kusut. Kepala sentiasa serabut. Tapi itu hidup. Aku sayang hidup aku.



 Ekor semut jalan-jalan

BEBEL BANYAK

BEBELAN HANGAT

  • ►  2013 (3)
    • ►  January (3)
  • ►  2012 (8)
    • ►  December (1)
    • ►  August (3)
    • ►  April (1)
    • ►  March (3)
  • ►  2011 (13)
    • ►  July (3)
    • ►  June (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (2)
    • ►  February (3)
    • ►  January (1)
  • ▼  2010 (145)
    • ►  December (3)
    • ►  November (6)
    • ►  October (13)
    • ►  September (4)
    • ►  August (10)
    • ►  July (20)
    • ▼  June (24)
      • Some dessert for the eyes.
      • Hot stuff. You want to have a jug of water next to...
      • Triple T's.
      • German! German!
      • "I'm back!" - Passion.
      • Selamat ulang tahun.
      • Apa ini cinta? Bullshit semuanya. Mari benci bilan...
      • Mengeluh.
      • Ngomelan.
      • Ikan.
      • Kisah matahari.
      • Flu, flu go away. Come again another...oh wait, do...
      • Aku yang semakin comel.
      • Aku yang bukan fanatik bola.
      • Lagi lagi.
      • Kelegaan.
      • Kembang api lagi.
      • Kembang api.
      • Kecoh.
      • Peace.Love.Happiness.
      • Home.
      • Sorry mummy.
      • Bercakap sendiri.
      • Akulah si putih.
    • ►  May (10)
    • ►  April (17)
    • ►  March (13)
    • ►  February (8)
    • ►  January (17)

NADA JIWA

SINGGAHSINI

.m y b e b e l a n.

BLABBER MUCH ?

Kisah matahari.

Monday, June 14, 2010

aku dapat rasa.
perubahan cuaca dan suasana.
suhu dan cahaya pagi.
matahari semakin menjelma menyinari lagi pagi ini.
kedengaran burung berkicau riang berkomunikasi sesama sendiri .
ayam mula berkokok lagak lebih lantang dari jam loceng yang dikunci.
ada yang terganggu.
ada yang semakin lena dibuai mimpi tanpa terasa diganggu.
aku yang di sini masih mencari-cari arah yang patut ku ikut selari pergi.
ke mana destinasi?
ke alam fantasi atau terus berlayar ke dalam dunia realiti?
*hanya berfikir sendiri.


matahari takkan hilang pergi walau malam hari.
ia akan sentiasa berputar mengikut orbit mengelilingi bumi.
menziarah yang lain sebagaimana rutinnya hari-hari.
memancar gigih memberi nikmat tiada peri kepada sang-sang penghuni.
ia ibarat pari-pari hari.
ia takkan pernah pergi.
hanya pergi untuk kembali lagi.
setia tak pernah mungkir janji.
itulah matahari.


kalaulah kau seperti matahari.
alangkah indahnya hidup ini.
kau memberi yang lain kedatangan ceria dan kau masih akan kembali padaku setia.
terus menceriakan hidup sepiku pabila jelmanya malam tanpa kau menyinari.
sentiasa ada untukku mengadu rasa.
tidak putus memberiku kata-kata bermakna.
hanya mengharungi semuanya bersama.
tiada yang lebih tiada yang kurangnya. hanya adil saksama.
aku takkan bisa resah lagi. hanya menanti untuk lihat kau senyum lagi.
*aku berfikir sendiri lagi kemudian mencucuk jarum pada awan cerah di atas kepala besarku ini.


semakan realiti!
terimalah kenyataan yang kau semakin hilang pergi.
walau takkan hilang tanpa kesan tapi kau telah pergi tanpa pesan.
adakah untuk kembali lagi? aku sangsi.
dari jauh aku lihat bayangan kau pergi. tiada tanda akan berhenti.
tapi walau kau pergi namun di sini takkan pudar.
walau samar aku akan hanya biar.
kerana kesan tetap ada walau tidak kelihatan.
aku tahu hanya sejarah yang dapat buktikan.
sejarah tak pernah hilang dan semakin berterusan.
apalagi jikaku teruskan penghasilannya dalam tulisan.
mampu cipta buku untuk sebar ke anak cucu.
menjadi lagenda waktu dahulu.


fikiranku melayang lagi seperti layangan waktu yang takkan berhenti.
suka mencipta teka-teki.
sukar untuk berhenti selagi aku terus berada di alam realiti yang sepatutnya aku henti dari tadi.
aku sedar itu. sekaranglah tibanya waktu.
aku ingin cuba terbang ke dunia fantasiku. melihat nasib yang tak pernah tentu.
saja hanya sebagai hiburan untuk seketika waktu.
akanku kembali lagi teruskan mencari.
jangan pergi lagi wahai matahari.
akhirnya aku tutup mata rapi..............sepi.................
Dibebelkan by NS at 07:06

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)