Seronok kan tadi? Dah lama rumah sunyi ni tak dikunjungi ramai orang. Sempena birthday pejoi, ada jamuan kecil-kecilan kat rumah tadi. Ada acara makan-makan, karoake, potong cake dan makan-makan lagi. Banyak makanan. Ada nasi ayam, mee jawa, sate dgn nasi impit dgn puding. Tapi aku makan nasi ayam je. Selok sgt dengan tetamu ramai-ramai, takda rasa nak selok makan walaupun aku memang dari dulu tak selok makan pun :) tapi bila sekarang, baru rasa rugi tak makan semua tadi. Tapi takpalah, tak kisah pun asalkan perut kenyang. Lepas tu tadi, tak sempat habis jamuan, aku dah blah dari rumah dgn Amy, Intan dgn Taty. Pergi tengok wayang. Slumber badok je buat muka tak bersalah keluar. Haha Tengok cerita the machanic. Bestt. Amy blanja. Pastu pejoi ajak shisha kat tc. Dia blanja. Baiknya semua blanja aku dikala aku hanya ada seringgit. Nanti ada duit, i blanja you olss k? :) Lepak-lepak tc, amy selok nak beli tanglong cina tu yang kaler-kaler tu. Seronok gila dapat lepaskan tanglong tu ke udara dengan jayanya. Antik angat ye terbang. Rasa macam nak terbang sama-sama. Nanti next week pulak main lagi tanglong tu kalau ada jual lagi. Pastu lepak-lepak, shisha sepam dua, selok dengar amy dengan intan cakap slang cina, pastu balik dan online. The End. Bye!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Selok betul.
Post a Comment