Little Lamb. Little ke?
Haihh. Rimas lah. Rimas kan bila org anggap kita ni budak-budak. Kenapa eh orang buat aku ni mcm budak-budak? Nak jawab sikit dah fikir aku kurang ajar. Borak-borak kawan kan, biasalah. Bila aku diam, orang tak senang, bila aku cakap lebih-lebih sampai jadi salah pulak. Aku cakap molek, cakap aku kasar. Tak faham lah. Dah aku memang mcm ni. Orang layan aku mcm tu, aku pun automatik terberi layanan sama. (ataupun mereka tidak menyedari layanan mereka begitu terhadap diriku ini) Baru lah masuk kepala. Tapi aku yang disalahin. Ngapain jadi begituin? Haihh. Rasa terbatas pulak nak jadi diri sendiri terhadap rakan-rakan dan taulan. Aku cuma aku nak join the club. Bukan nak pun sebenarnya, automatik terpengaruh. Sebab tu lah orang kata PRS iaitu Pengaruh Rakan Sebaya :) Aku dah lah sangat mudah terpengaruh. Uish bahaya-bahaya. Yelah umur baru 22 tahun. 22 tahun? Iya, 22. Eh, dah besar dah tu. Haa, kan? Bukan budak-budak okay! Jum kawan-kawan kita masuk club! HAHAHA. Eh, tak baik nadia. Okay lah, dah lama sesak jantung mak menahan rasa tau. Mak bukan apa. Hati mak sentap tau. Menangis mak mengenang nasib hidup. Yelah, siapalah mak ni. Hanya insan yang hina di muka bumi. Mak tak sempurna. Mak tak tahu nak luah pada siapa. Luah kat bloggie (walaupun orang boleh baca). Kira meluahkan pada semua lah. Semua tak semua mana lah. Hanya pada pembaca, tu pun kalau ada yang baca. Haha ok, bye.
| Membebel.
1 comment:
jangan ar masuk club..=( piat telinga kang
Post a Comment